TERENGGANU 3M

Rabu, 21 Oktober 2009

PENUTUP

Sebagai teraju utama kearah kemajuan kampung ini, Kampung Gong Baru sentiasa berusaha an memberi tumpuan serta perhatian secara menyeluruh untuk memastikan setiap penghuni kampung ini dapat menikmati keharmonian dan keamanan seiring dengan kemajuan negara setanding dengan penduduk kampung lain, berjaya dalam bidang pelajaran, meningkatkan lagi taraf hidup serta kekal dengan semangat setia kawan tanpa mengambilkira fahaman politik.

Program yang dirancang berteraskan elamen / organisasi serta individu yang terdapat di kampung ini dengan penyesuaian dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah kerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Dengan sedikit kemudahan dan infrastruktur yang disediakan, pihak kami beriltizam untuk memberi khidmat yang terbaik kepada semua penduduk setempat agar setiap penduduk dapat menjalani kehidupan dengan lebih bererti dan lebih berjaya di masa hadapan dengan melahirkan masyarakat berhemah tinggi.