TERENGGANU 3M

Rabu, 21 Oktober 2009

SELAYANG PANDANG

Nama : Kampung Gong Baru
Agensi : KEMAS
Negeri : Terengganu Darul Iman
Daerah : Kuala Terengganu
Mukim : Bukit Besar
JKKK : Kampung Gong Baru, Gong Tok Nasek

MAKLUMAT ASAS KAMPUNG














Parlimen : Kuala Terengganu
Ahli Parlimen : YB Hj. Abdul Wahid B. Endut
DUN : Batu Buruk
Ahli DUN : YB Dr. Syed Azman bin Syed Nawawi
Peg. Pem. DUN : YB Dato Haji Che Mat bin Jusoh
Peg Daerah : Dato’ Mohd Alim B. Muda
Penghulu Mukim : En. Shaharuddin B. Ismail
Kategori Ketua Kampung : JKKK
Nama : Hj. Mohd Hanafiah B. Ismail

MOTTO

“Kerukunan Rahmat Terunggul”

MAKSUD LOGO
















Warna Biru : keharmonian dan perpaduan didalam masyarakat kampung Gong Baru

Warna Putih : melambangkan masyarakat melayu yang beragama Islam dan melambangkan kesucian.

Ibu Jari Ke atas : Melambangkan keunggulan kampung Gong Baru untuk menjadi yang terbaik

Genggaman Tangan : Melambangkan kerjasama yang padu demi keutuhan tali silaturahim diantara penduduk kampung dan organisasi dalam kampung Gong Baru

SEJARAH













Kampung Gong Baru merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di dalam kawasan Kampung Gong Tok Nasek di Daerah Kuala Terengganu. Ianya mempunyai keluasan 10.7 hektar dan terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.

Sebelum ditukar nama kepada Kampung Gong Baru, kampung ini dahulunya dikenali dengan nama Kampung Atas Gong. Ini memandangkan kedudukan kampung ini yang terletak di kawasan yang tinggi dan kampung ini adalah salah satu kampung yang tidak dilanda banjir besar Bah Merah yang berlaku lebih kurang 100 tahun yang lampau.

Selepas terselamat daripada tragedi banjir besar ini, penduduk kampung telah bersepakat untuk menukar nama Kampung Atas Gong kepada Kampung Gong Baru.

Kebanyakan penduduk di kampung ini menjawat pelbagai jenis jawatan sama ada dalam sektor swasta atau awam. Sebilangan daripada mereka juga ada yang menjadi ahli perniagaan dan bekerja sendiri.

Namun begitu, masih ada lagi sebilangan kecil penduduk yang menjalankan kegiatan sara diri sejak turun temurun dengan menenun songket dan menjalankan kegiatan pertanian.

INFO JKKK

Penaung : Dato’ Hj. Che Mat Jusoh

Penasihat : Penghulu Mukim Bukit Besar

Pengerusi : Hj. Mohd Hanafiah B. Ismail

Timbalan Pengerusi : Mohd B. Awang

Setiausaha : Amzam B. Taib

Bendahari : Hamdan B. Ismail

Ahli Jawatankuasa

1. Biro Wanita : Khazimah Bt. Muhammad
2. Biro Belia : Amzam B. Taib
3. Biro Agama : Shafiai B. Md Amin
4. Biro Kebajikan : Hamdan B. Ismail
5. Biro Ekonomi : Norlida Bt. Ramli
6. Biro Tek. Maklumat : Mohd Faizal B. Harun
7. Biro Pendidikan : Shafiai B. Md Amin
8. Biro Keselamatan : Wan Mohd Noor B. Wan Endut
9. Biro Sosial : Wan Mohd Zani B. Wan Osman
10. Biro Keusahawanan : Mohd Azazi Rehduan B. Ismail
11. Biro Kebudayaan : Mohd Zamri B. Sidek
12. Biro Sukan & Rekreasi : Ariffin B. Taib
13. Biro Warga Emas : Abu Bakar B. Jusoh

CARTA ORGANISASI
















TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT LEBIH JELAS

PERANCANGAN PROGRAM & AKTIVITI 2009

  • Pertandingan Halaman Bersih
  • Gotong Royong Kemasyarakatan
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma
  • Program Jalinan Mesra
  • Sehari Bersama Pemimpin
  • Program Latihan Kemahiran Tidak Formal
  • Tadarus Al – Quran
  • Sawah Challenge
  • Futsal Monsoon Challenge
  • Cabaran Kaki Pancing Ikan Darat
  • Senamrobik Perdana
  • Basikalthon Kemerdekaan
  • Indoor Games
  • Program Anak Angkat

PERANCANGAN PROGRAM & AKTIVITI 2010

  • Majlis Bacaan Yassin
  • Program Khidmat Masyarakat
  • Gotong Royong
  • Jom Ngail Ikan Puyu
  • Kursus Gubahan & Masakan
  • Program Sayangi & Cintailah Sungai Kita
  • Permainan Tradisional
  • Program Titian Perpaduan
  • Pesta Sukan Sekampung
  • Pesta Dam Aji
  • Senamrobik Perdana
  • Futsal Sawah Challenge
  • Cabaran Kaki Pancing Ikan Darat Terbuka
  • Program Sukan Rakyat & Sukaneka
  • Bengkel Wau Gedik
  • Program Cakna Remaja
  • Seminar Kerjaya Sehari
  • Pertandingan Bowling Perpaduan
  • Pertandingan Belalang Rusa
  • Lawatan Muhibbah
  • Basikalthon Kemerdekaan
  • Taliairthon
  • Prgram Tahlil, Tahmid & Tadarus Al-Quran
  • Pesta Pasang Pelita
  • Majlis Tautan Kasih Aidilfitri
  • Pesta Cari Lokan
  • Treasure Hunt Cintailah Gong Baru
  • Fiesta Kayak & Sukan Air
  • Majlis Sembahyang Hajat & Bacaan Yassin
  • Bengkel Industri Songket

PENUTUP

Sebagai teraju utama kearah kemajuan kampung ini, Kampung Gong Baru sentiasa berusaha an memberi tumpuan serta perhatian secara menyeluruh untuk memastikan setiap penghuni kampung ini dapat menikmati keharmonian dan keamanan seiring dengan kemajuan negara setanding dengan penduduk kampung lain, berjaya dalam bidang pelajaran, meningkatkan lagi taraf hidup serta kekal dengan semangat setia kawan tanpa mengambilkira fahaman politik.

Program yang dirancang berteraskan elamen / organisasi serta individu yang terdapat di kampung ini dengan penyesuaian dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah kerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Dengan sedikit kemudahan dan infrastruktur yang disediakan, pihak kami beriltizam untuk memberi khidmat yang terbaik kepada semua penduduk setempat agar setiap penduduk dapat menjalani kehidupan dengan lebih bererti dan lebih berjaya di masa hadapan dengan melahirkan masyarakat berhemah tinggi.